kontemporary issue -konstructivisme learning

October 6, 2017 | Autor: Mashitah Mohd Yasir | Categoría: Mathematical Modelling
Share Embed


Descripción

(KMP 6063 )ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
14








FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION (KMP 6063)

Tugasan ( Individu)
REFLEKSI JURNAL

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN
( MATEMATIK SEKOLAH RENDAH)
SESI 2014/2016




NAMA PELAJAR :
MASHITAH BT MOHD YASIR
( M20141000324)
NAMA PENSYARAH:
PROF. DR. NOOR SHAH B SAAD








TAJUK /ISU
MODEL PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH: PENGAJARAN PEMUSATAN MURID DAN BERASASKAN KONSTRUKTIVISME.
Kamaluddin bin Ahmad

Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Penulis : Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

KONSTRUKTIVISME: DARI KACA MATA GURU SAINS DAN MATEMATIK
Penulis :Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar Mansor, Noraini Mohamed Noh, Norul Haida Reduzan
Universiti Pendidikan Sultan Idris













ISU
-Apabila dilihat dari ketiga-tiga jurnal ini dilihat terdapat persamaan isu iaitu berpandukan pengajaran Konstruktivisme yang pertama menekankan pengetahuan bagaimana perlaksanaan pengajaran secara konstruktivisme dan ia hanya menjalankan kajian terhadap guru pelatih yang baru 2 minggu berada di sekolah untuk sesi Praktikum dan kesannya terhadap Pelajar Tahun 4 yang di ajarkan Jurnal yang kedua adalah untuk mencari terdapatkah keberkesanan pengajaran konstruktisme terhadap murid di mana kajian dijalankan di di sebuah sekolah di dalam Daerah Mersing, Kumpulan sasaran kajian ini ialah terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 1. Dan Jurnal yang ketiga adalah melihat pandangan guru Matematik dan Sains terhadap pengajaran konstruktivisme terhadap matapelajaran mereka. Dan kajian dijalankan melibatkan lima orang guru, tiga orang guru sains dan dua orang guru matematik dari tiga buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pendekatan konstruktivisme mempunyai banyak kelebihan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian-kajian yang telah dijalankan di dalam dan luar negara telah membuktikan kelebihannya dalam pembelajaran ilmu sains. Norazuan (2000) melalui kajiannya mendapati bahawa murid tidak memilih kerjaya sains sekiranya tidak meminati mata pelajaran sains. Tambahan pula terdapat guru melaporkan bahawa murid beranggapan bahawa sains sukar dipelajari dan seterusnya ini boleh mempengaruhi minat mereka terhadap mata pelajaran berkenaan (Ling 1999). Tetapi isu utamanya adakah ia dapat diterima oleh semua Murid, pelajar, dan guru-guru . Disinilah perbincangan untuk menggabungkan ketiga-tiga jurnal ini sebagai kata kuncinya.









PERSOALAN KAJIAN
Daripada jurnal yang pertama , ia tidak menyatakan secara spesifik tetapi daripada pengamatan ,persoalan kajian yang ingin disampaikan melalui pembacaan ini, ia menyatakan bahawa ia berkaitan tentang pengenalan untuk membawa pembaca kepada pengenalan dan memberi pengetahuan tentang pengajaran konstruktivisme.
Manakala jurnal yang kedua memberi persoalan tentang adakah berkesan kaedah kontruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan apakah sikap dan tanggapan pelajar terhadap subjek matematik dalam kaedah pengajaran konstruktivisme. Manakala jurnal ketiga adalah apakah kelebihan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dan adakah terdapat kekangan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik. Ia dapat digarapkan bahawa ketiga-tiga jurnal ini mempunyai kait rapat yang mana untuk mendalami isi sebenar pengajaran kostruktivisme.
Pengajaran secara konstruktivisme bermaksud pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu itu tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia (Suriaty & Nor Hazian 2002). Ia satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula dari pengetahuan dan pengalaman yang disimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid. Dalam proses pembelajaran, maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian daripada struktur kognitif di dalam minda. ).
Dalam kecanggihan zaman yang sring penuh adaptasi ini, dilihat terdapat 2 aliran, iaitu konstruktivisme Piaget dan konstruktivisme Glasersfeld. Menurut Ernest (1991) terdapat 3 komponen konstruktivisme Piaget, iaitu epistemologi, pandangan strukturalis dan metodologi kajian. Dalam epistemologi, teori-teori personal sebagai konsep 'constellations', dan telah disesuaikan oleh proses assimilasi dan akommodasi dalam cara untuk melengkapkan dengan dunia pengalaman organisma manusia. Strukturalisma Piaget terlibat dalam kepercayaan bahawa dalam mengorganisasi diri sendiri, kepintaran manusia semestinya membina ciri-ciri set struktur 'logico-mathematical'. Metodologi Piaget pula tertumpu kepada penggunaan temubual klinikal apabila Ernest menyatakan ianya memberi sumbangan yang penting kepada kaedah kajian dalam psikologi pendidikan matematik.
Ernst von Glasersfeld dianggap oleh Ernest (1991) telah melanjutkan asas kerja Piaget dengan signifikan, memperluaskan hasilnya dengan baik dan menghuraikan konstruktivis epistemologi kepada dua prinsip:
I. Prinsip A: Prinsip konstruktivisme 'trivial' : pengetahuan bukannya diterima
secara pasif tetapi dibina secara aktif oleh pihak yang belajar
II. Prinsip B: Prinsip konstruktivisme 'radical' : fungsi kognisi adalah untuk menyesuai dan memberi khidmat mengorganisasi dunia pengalaman, bukannya penemuan realiti ontologi. Persoalan kajian yang timbul ini berkait rapat dengan pengatahuan yang disampaikan Piaget, Glaserfeld dan Dewey. Garapannya dapat dibuktikan apabila pelbagai persoalan yang timbul dipermudahkan dengan capaian maksud dari kajian dan yang melaksanakan konstruktivisme adalah guru bermediumkan murid.
Ini terus menjadi persoalan apabila jurnal pertama yang menerangkan kefahaman konstruktivisme ini cuba merungkai persoalan pada kajian yang kedua yang membabitkan adakah kesannya yang positif mahupun negatif terhadap pembelajaran murid di Malaysia yang diketahui umum mempunyai pelbagai kesesuaian pelbagai pendekatan pengajaran yang rata-ratanya lebih menjurus kepada pendekatan Tradisional seterusnya melihat persepsi guru dan murid terhadap pendekatan konstruktuvisme ini.
Matematik dan Sains merupakan dari cabang ilmu yang sama dan selari. Untuk menjadikan prestasi Malaysia di peringkat antarabangsa di tahap yang baik perlulah kerjasama guru untuk merealisasikannya terutama apabila kita dinilai berdasarkan TIMMS dan PISA. Disebabkan itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dibina untuk memastikan ia tercapai. Maka komitmen guru juga memerlukan anjakan paradigma yang melangkau dari kebiasaan. Maka Kajian yang yang ketiga di mana untuk mengenalpasti kelebihan dan kekangan-kekangan yang timbul hasil dari pendekatan ini adalah berbaloi Ia menjadi kunci kejayaan kepada ekonomi Negara dan secara tidak langsung menilai sahsiah dan moraliti murid, guru dan persekitaran secara global. Daripada kajian ini adakah cadangan-cadangan dari guru-guru berpengalaman ini dapat membantu merungkai setiap persoalan kajian yang menjadi tanda tanya selama ini.
Persoalan Kajian yang ketiga iaitu melihat Konstruktivisme ini di kacamata guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dari kaca mata guru sains dan matematik. Persoalannya apakah kelebihan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik dan persoalan yang kedua adakah terdapat kekangan dalam pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik. Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan berupaya melahirkan murid yang boleh membina pengalaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu alternatif yang wajar diaplikasi guru.
Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2005), corak pembelajaran konstruktivisme sepatutnya diaplikasikan oleh guru dalam membentuk identiti murid yang berdaya saing. Pendekatan ini dapat melatih murid merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki dengan cara yang berkesan seterusnya mampu melakukan anjakan paradigma bagi diri sendiri untuk berfikir pada tahap berfikir di luar kotak dan lebih memberi persaingan kea rah globalisasi. Jones dan Arage (2002) mendapati konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk menyediakan pembelajaran yang aktif, membentuk prakonsep sendiri, perkembangan minda secara kompleks dan mendalam untuk pemahaman yang kukuh dan jelas. Di sinilah ingin dilihat dalam kajian bahawa adakan ia signifikan dengan hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji.














METHODOLOGY
Kaedah Kajian adalah penting dalam menentukan dapatan suatu kajian. Jurnal pertama menggunakan kaedah tinjauan tetapi tidak dinyatakan secara spesifik tetapi dapat dilihat daripada pernyataannya terhadap melihat dan membuat penulisan daripada tinjauannya semasa proses pengajaran. Kajian dilaksanakan terhadap dua orang guru pelatih yang baru dua minggu berada di sekolah untuk memenuhi praktikum. Penulis membuat pemerhatian ke atas mereka dan mendapati mereka menggunakan kaedah konstruktivisme dengan mengajar tajuk masa dan waktu dengan pengenalan jam dan jarum-jarum. Guru pelatih itu membiarkan persoalan di benak fikiran pelajar untuk mencari sendiri fungsi setiap jarum jam setelah menggunakan bahan maujud jalur bersenggat 1, 2 ,3 hingga 12 dan jalur bersenggat 5,10,15 hingga 60 untuk diletakkan pada sebuah bulatan jam yang berfungsi sebagai medium untuk pelajar berfikir. Seterusnya dapat membezakan pecahan termudah dan pecahan bukan termudah. Pemerhatian terhadap seorang lagi guru pelatih yang mengajar tajuk pecahan dengan objektif supaya murid
Sebagai kaedah jurnal yang kedua bagi kajian seterusnya penulis menggunakan kaedah berbentuk kualitatif di mana ujian dan soal selidik digunakan dan diintegarasikan dengan sedikit kualitatif iaitu sesi temubual bersama responden dari kalangan guru Matematik yang mengajar tajuk terlibat. Ia dipilih disebabkan pengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta dapat memfokuskan kajin yang dilakukan. Penulis menggunakan prinsip-prinsip pengajaran kaedah konstruktivisme di dalam kelas seperti yang dicadangkan Brooks dan Brooks (1999).
Soalan ujian diberikan untuk mencari keberkesanannya kaedah Konstruktivisme ini terhadap pelajar. Ia dilakukan ke atas pelajar Sekolah menengah Kebangsaan Felda Nitar 1, Mersing. Ia melibatkan 20 0rang pelajar Tingkatan 1 yang diajar Tajuk Perimeter. Diketahui umum semasa pengajaran perimeter semasa Sekolah Rendah adalah tajuk yang mudah tetapi untuk pengajaran di sekolah menengah Ia memerlukan pengetahuan yang lebih tentang ilmu Matematik yang belum pernah mereka hadapi sebelum ini. Jadi kebiasaan guru hanya mengajar direct atau memberi terus makna-makna suatu content dan rumusnya tanpa merungkai disebalik rumus itu.
Instrument kajian yang digunakan adalah Set soal selidik yang mengandungi dua bahagian (Bahagia A dan Bahagian B) Bahagian A terdiri daripada soalan mengenai pencapaian Matematik pelajar, minat pelajar terhadap matapelajaran Matematik dan Keberkesanan Pendekatan Konstruktivisme ini terhadap pelajar. Manakala Bahagian B adalah set ujian Pra terhadap tajuk Pengajaran Perimeter itu.Di akhir pengajaran secara tradisional atau biasa pelajar dinilai sama ada dapat menjawab soalan itu berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Di akhir kajian, pengkaji telah membuat perbandingan dari segi pencapaian sampel antara ujian pra dan ujian pos bagi kedua-dua kelas responden.
Untuk kajian yang ketiga iaitu melihat Konstruktivisme dari Kacamata Guru Sains dan Matematik. Kajian ini menggunakan temubual berstruktur, kaedah ini dipilih kerana ianya membantu untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu proses fenomena yang dikaji (Ibrahim Wahab & Abdul Hadi Harman Shah 1992; Locke 1976; Ryan 1982; Sekaran 2000). Dalam kajian ini , pengkaji menggunakan kaedah 'opportunistic sampling' (Jacob & Ary 1990; Patton 1990) bagi membuktikan sampel temubual yang dibina. Pengkaji memilih kaedah ini kerana ianya mudah di mana pengkaji mengambil responden secara rawak. Jumlah sampel yang digunakan untuk temubual dalam kajian ini ialah lima orang sebagaimana yang disarankan oleh Haplin (1957). Beliau menyatakan bilangan sampel yang kecil diambil sebagai sampel temubual adalah memadai untuk dijadikan sampel kajian. Melalui pengamatan dan perlaksanaan kajian ini, tiga orang guru sains manakala dua orang guru matematik telah diambil sebagai responden temu bual. Kemudiannya menggunakan temubual dan secara bersemuka sendiri ,Ia digunakan kerana melalui temu bual, responden kajian mengenai kelebihan dan kekangan yang dihadapi ketika menjalankan pendekatan konstuktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik dapat disoal pengkaji. Guru yang menjadi responden kajian ini mempunyai pengalaman untuk mengeluarkan pendapat sendiri tentang pelaksanaan pendekatan ini. Ciri guru yang hampir samayang dipilih akan meningkatkan lagi kesahan dan keboleh percayaan instrumen kajian kualitatif (Meriam 1998). Kajian secara kualitatif ini menggunakan set soalan temubual sebagai instrumen kajian. Protokol temubual ini dibina berasaskan contoh yang diberikan dalam Gay dan Airasian (2000). Temu bual berstruktur dengan format yang sama dan soalan yang sama kepada setiap responden juga membantu meningkatkan kebolehpercayaan hasil temu bual yang dijalankan (Silverman 1993 dalam Cohen et. al. 2000). Selain daripada itu, kesahan data temu bual juga dilakukan dengan menunjukkan dapatan temu bual kepada responden untuk disemak semula, diperbetulkan sama ada tepat atau tidak catatan mengikut perspektif responden (Meriam 1998).
Di awal penyelidikan, pengkaji menggunakan soalan separa berstruktur mengkiut prosedur temubual yang sebenar. Soalan awal memberi persediaan asas pengajian yang lebih mendalam. (Yin 1984).
Perbualan secara umum ini juga adalah untuk memastikan menjalin hubungan baik selain melahirkan suasana tenang untuk sesi temubual. Secara khususnya prosedur l ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu soalan pembukaan atau pengenalan, soalan kunci dan soalan penutup. Soalan pengenalan dilakukan dengan menjurus kepada mengetahui mengenai latar belakang responden kajian, soalan pembukaan digunakan untuk mendapatkan penerangan yang jelas berkenaan maksud sebenar pendekatan konstruktivisme, soalan kunci menjelaskandengan secara focus mengenai proses pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dan kekangan atau masalah yang dihadapi dalam waktu menjalankannya. Manakala soalan penutup telah menyoal responden mengenai kekangan-kekangan lain yang mempengaruhi penggunaan pendekatan ini. Pengkaji menggunakan alat perakam audio untuk merakamkan perbualan yang dijalankan supaya tidak ada maklumat yang tercicir.
Petikan perbualan atau percakapan daripada transkrip temu bual digunakan untuk menyokong penghuraian dan kesimpulan penulisan. Pengkaji menggunakan rajah pokok untuk menguraikan secara umum keseluruhan data temu bual yang dilakukan. Data temu bual diambil dan dicatat.
Daripada analisa yang dilakukan ke atas ketiga-tiga cara yang dilakukan oleh ketiga-tiga pengkaji dapat dirumuskan bahawa setiap pengkaji mempunyai tujuan tersendiri untuk mencapai objektif sebenar kajian iaitu menjurus kepada penggunaan pendekatan Konstruktivisme. Yang utama adalah mereka mempunyai kata kunci yang sama iaitu Kaedah Konstruktivisme dalam pengajaran. Ini terbukti daripada sampel rawak dan cara yang digunakan sebenarnya adalah selari dan seiring di antara satu kajian dengan kajian yang lain. Berkemungkinan kesesuaian kaedah yang dicari adalah berdasarkan persekitaran dan ciri-ciri sampel tersebut.











DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian yang diperoleh oleh penulis pertama dia dapat membuktikan yang guru tidak terus memberitahu murid fungsi dan objektif suatu aktiviti dilakukan seperti kebiasaannya guru menerangkan maksud fungsi jarum panjang dan pendek untuk tajuk masa dan waktu dan maksud pecahan termudah dan dan pecahan tidak trmudah tetapi melalaui manipulative bahan seperti dalam aktiviti pengajaran akhirnya murid sendiri yang akan membuat kesimpulan. Kekurangan pada jurnal yang pertama adalah penulis tidak melaksanakan kajian secara spesifik akan dapatan kajiannya tetapi dengan hanya menyatakan ulasan dan apa yang terhasil pada murid-murid sahaja.
Jurnal yang kedua iaitu Keberkesanan Pengajaran Konstruktivisme, analisa dilakukan. Melalui kaji selidik didapati seramai hanya 4 orang daripada 40 orang itu meminati Matematik dan Bahasa Inggeris serentak.. yang selebih sama ada Bahasa Inggeris atau Matematik sahaja. Dan Kedua-duanya tidak. Daripada pemerhatian , Pelajar tidak memberi focus pengajaran yang di ajar tetapi apabila pengajaran secara konstruktivisme, mereka akan lebih peka dan terpaksa menjalankan aktiviti untuk mencari makna sebenar melalui pencarian sendiri. Manakala dari soal selidik dengan menggunakan skala likert 1 hingga 5.
. Mengikut skala likert yang diperolehi min skala likert telah menunjukkan skala 2 menghasilkan 2.5% responden mengatakan "Tidak bersetuju", skala 3 menghasilkan 13.3 % responden mengatakan "Berkecuali", skala 4 menghasilkan 47.5% responden mengatakan "Bersetuju" dan skala 5 menghasilkan 36.7% responden mengatakan "Sangat bersetuju". Dan melalui ujian Hasil daripada kajian yang dijalankan di dalam kelas yang menggunakan kaedah pembelajaran konstruktivisme ternyata terdapat peningkatan yang memberangsangkan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos iaitu meningkat sebanyak 15 % daripada 85 % kepada 100 % .Ini membuktikan bahawa kaedah ini amat berkesan. Dengan menggunakan kaedah konstruktivisme, prestasi pelajar meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Buktinya terdapat kesan signifikan terhadap kaedah ini berbanding kaedah tradisional.
Pada pengkajian jurnal ketiga ini diliha
"...tak cukup masa la nak jalankan secara konstruktif. 4 masa seminggu cukup-cukup untuk kejar silibus. Itupun kalau cikgu tak keluar kursus. Kalau tak, kena buat kelas tambahan. Lagi satu, pelajar main-main kalau secara konstruktif, mereka susah nak dikawal dan ambil kesempatan untuk berborak dengan kawan-kawan. Kalau yang lemah memang suka kaedah ini, mereka bebas sikit dan tak bagi tumpuan pada pelajaran..."R2
Secara keseluruhan ketiga-tiga kajian ini dapatan apabila dilaksanakan kajian sebenar terutama guru sendiri yang melihat prestasi murid dan merasai keadaan masa hadapan tentang pengaplikasian ini maka banyak yang perlu diperbaiki. Sememangnya dilihat pelbagai rujukan dan kajian yang mendapati positif keberhasilannya tetapi murid adalah manusia biasa yang memerlukan tunjuk ajar cuma perlu di beri pandu agar tidak terus sesat untuk menghadapi keadaan masa hadapan. Walaubagaimanapun kaedah Konstruktivisme ini diakui oleh semua respondan secara positif berdasarkan dalam kajian. Ini menunjukkan ia adalah baik untuk meningkat pengetahuan kendiri dan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Umumnya , ia membuktikan kajian sebelumnya memberi impak positif terhadap hasil kajian Cuma disebabkan kekangan tertentu memberikan hasil yang diharapkan sebenar agak terbantut.


















CADANGAN
Untuk memperbaiki kajian Model Pengajaran Matematik Sekolah rendah Pengajaran Berpusatkan Murid dan berasaskan Konstruktivisme yang dilaksanakan pada jurnal yang pertama kajian serta dapatan yang dapat dibuktikan perlulah direkodkan secara sistematik mengikut piawaian kajian yang sebenar, eloklah sekiranya ditetapkan atau dispesifikasikan methodology dan kaedah kajian. Walaubagaimanapun ia adalah dapatan yang menarik dan signifikan dengan tajuk. Untuk memperhalusi kajian ini, dicadangkan supaya pemerhatian perlu ditambah dengan instrument kajian seperti borang kaji selidik , temubual bersama murid dan membuat ujian pra dan post. Ini akan lebih kuat menyokong hasil dapatan. Jika dilihat pada tajuknya ia hanyalah pengenalan dan pengetahuan tentang pengajaran konstruktivisme dan berpusatkan pelajar tetapi untuk mendalami usaha penulis memberitahu tajuknya, dia telah menghasilkan tinjauan literatur yang baik dengan merujuk banyak pihak tentang teori konstruktivisme ini. Dari penerangan dan contoh yang diberikan guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang dapat menghasilkan bilik darjah yang menyediakan peluang supaya murid berkomunikasi 'pemikiran' sesama mereka dan mengkritik pemikiran idea rakan lain membolehkan mereka mencipta suasana dalam mana mereka boleh membina makna Matematik untuk diri mereka( Wood, 1991)
Untuk memantapkan lagi Kajian keberkesanan Pengajaran Konstruktivisme iaitu yang kedua ini melalui kajian yang sama pengkaji juga bole meluaskan lagi sampel dan lebih rawak lagi tanpa mempunyai bias dengan hanya memilih budak yang pandai sahaja. Maka dengan menggunakan kaedah experimental di mana boleh mengagihkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan experimental dan kumpulan kawalan. Ini membolehkan kesepakatan dalam menjalankan kajian. Dilihat spesifikasi mereka tentang ciri-ciri yang telah diagihkan, maka lebih mudah untuk menjalankan kajian berbentuk eksperimental. Hasil dapatan yang diperolehi nanti berkemungkinan besar akan lebih terjurus dan akan memberi implikasi yang lebih jitu. . Pelajar terus menjadi seorang pelajar yang lebih aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana kaedah ini menggalakkan pelajar lebih berfikir dengan tahap kognitif yang tinggi, lebih berkeyakinan, lebih meluaskan kemahiran sosial kerana pembelajaran dua hala, serta lebih merasa seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Jika aktiviti yang dijalankan dapat memancing minat pelajar maka sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Pelajar akan berpeluang membina soalan-soalan yang kreatif , berinovasi dan pelajar akan sentiasa merasai bahawa dirinya dihargai.
Melalui kajian yang ketiga, kajian menunjukkan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme tidak asing lagi bagi guru sains dan matematik. Melalui kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakakan untuk tindakan susulan bagi memastikan pelaksanaan penekatan ini dapat dijalankan secara optimum di sekolah agar dapat melahirkan individu yang berpengetahuan dan meminati sains dan matematik serta menghasilkan ahli-ahli sains dan matmatik yang bertaraf dunia dengan kehebatan dari aspek moral dan etika . Antaranya ialah, guru harus didedahkan dengan kursus kemahiran melaksanakan pendekatan ini. Kursus dalam perkhidmatan yang berterusan dan mengikut program khas harus diadakan untuk guru-guru sains dan matematik kerana dengan ini guru dibantu untuk beroleh pengetahuan dan kemahiran agar ia menjadi mudah untuk dilaksanakan dan selaras dengan pembelajaran mereka.
Tindakan susulan ini penting untuk memastikan pengajaran dapat dijalankan secara meluas untuk mendapatkan hasil yang terbaik disapming pengetauan Sains dan Matematik yang luas.
Melalui aktiviti perbincangan di kalangan guru-guru ia dapat mempertingkatkan kefahaman tentang pendekatan ini.. Pengaplikasian menerusi aktiviti Guru Pakar dan Guru Cemerlang. Guru Pakar dan Guru Cemerlang akan menjadi pemangkin kepada aktiviti perbincangan dan percambahan pemikiran di kalangan guru-guru supaya dapat merangsang penguasaan dan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik.Cara aktiviti konstruktivisme yang terbaik dan sesuai dilaksanakan kepada murid di sekolah harian biasa mengikut peringkat kognitif bleh diperhalusi oleh kumpulan yang lebih arif yang diketuai Guru Pakar dan Guru Cemerlang dan seterusnya pengajaran yang baik akan dirancang. Ini bertujuan supaya guru-guru sains dan matematik tidak bersendirian menghadapi cabaran pelaksanaan pendekatan ini.
Disebabkan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme adalah berpusatkan murid dan guru hanya sebagai fasilitator, Kemudahan seharusnya disediakan kepada murid untuk membantu mereka mendapatkan ilmu pengetahuan. Dimestikan Pusat sumber sekolah dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan kepada murid dan kemudahan seperti internet harus disediakan untuk murid memperoleh lebih banyak ilmu di zaman dunia tanpa sempadan sekarang ini. Melengkapkan diri bagi guru adalah penting untuk mereka membantu murid dengan ilmu pengetahuan yang lebih banyak agar ilmu dapat dikembangkan melalui guru dan murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran.

Memandangkan penerapan nilai-nilai murni kurang ditekankan ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme,. Di samping itu, guru juga harus didedahkan dengan konsep, prinsip dan cara untuk menerapkan nilai-nilai murni menerusi pendekatan konstruktivisme. Penerapan Nilai-nilai moral perlu untuk melahirkan masyarakat saintifik yang bermaruah
Pada keseluruhannya, bagi meningkatkan tahap pelaksanaan pendekatan k onstruktivisme di cadangkan agar, silibus sains dan Matematik dikurangkan dan guru juga kena berfikiran positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan kaedah konstruktivisme.
Dikurangkan bukan bermaksud untuk merendahkan kualiti pendidikan di Malaysia tetapi untuk memastikan penerapan dan penyerapan akan lebih berlaku berbanding dilihat pada kertas nampak berkualiti tetapi hasilnya dibuktikan dengan prstasi yang tidak memberangsangkan. Seperti yang berlaku pada prestasi murid terhadap TIMMS dan PISA.
Menerusi kajian ini, dapatan dan perbincangan yang mendalam berkenaan dengan implikasi kajian ini kepada pengamalan pendekatan konstruktivisme, Adalah dirumuskan daripada perbincangan tersebut, apabila tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme boleh ditingkatkan, maka proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam bilik darjah akan menjadi lebih bermakna. Oleh itu , semua pihak wajar bersama-sama membantu bagi merealisasikan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Akhirnya, guru sangat menyeru pihak kementerian dan institusi pendidikan untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukan melalui ketiga-tiga kajia n yang telah dilaksanakan te ini untuk memperkembangkan pendidikan di Malaysia ke arah bertaraf dunia.











RUJUKAN
Norazuan, R. 2000. Pemilihan aliran sains di kalangan pelajar tingkatan empat dan masalah kemerosotan pelajar dalam aliran sains. Latihan Ilmiah. UKM.Bangi.
Peter, O. I., Abiodun, A. P. & Jonathan, O. O. (2010). Effect of constructivism instructional approach on teaching practical skills to mechanical related trade students in western nigeria technical colleges, International NGO Journals, 5 (3): 59-64
Sahizam Johar.2007. Pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran sejarah KBSM sekolah- sekolah menengah dalam daerah Bera, Pahang. Projek penyelidikan sarjana.UKM.Bangi.
Seymour & Hewitt. 1997. Dlm. Gibson, H.L.1998. Case studies of an inquiry-based science program impact on students attitude towards science interest in science careers. Paper presented at the annual meeting of the national Association for research in science teaching (19-22 April, 1998).ERIC:ED417980.
Shulman, L.S.1987. Those who understand knowleadge growth in teaching. Dlm. Habsah Ismail. Guru dan autoriti:Implikasi terhadap pendidikan. Jurnal guru,16 Mei 1994:
Angela Anthonysamy ( 2005). Perkembangan Pemikiran Matematik Pada Peringkat Awal Kanak-Kanak : Satu Pendekatan Konstruktivisme. Universiti Malaysia Sarawak. Cheang
Chooi Yoong, Khaw Phoay Eng, Yong Kien Cheng . (2003) . Mathematics Volume 1 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia . Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2000 ).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Sukatan Pelajaran Matematik. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum. Lee Soo Cheng (2006), Mathematics Form 1, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan.
Mahmud Yahya, (2001) . Keupayaan dan Kemahiran Berfikir Dalam Penyelesaian Matematik Tambahan . Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia . Md . Shuib Che Din . (1992) .




MASHITAH BT MOHD YASIR
M20141000324







[Document title]
[Publish Date]

Lihat lebih banyak...

Comentarios

Copyright © 2017 DATOSPDF Inc.