Energy Efficiency

June 22, 2017 | Autor: Engr. Aziz | Categoría: Energy efficiency
Share Embed


Descripción

PENJIMATAN MELALUI KECEKAPAN TENAGA



Sahrudin Saad

Aminuddin Afzan

Hisamudin Mat Som

Khairul Anuar Abd Wahab

Abdul Aziz Jamaluddin

Azlan Muharam



Pendahuluan

Isu penjimatan tenaga menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat
Malaysia pada masa kini. Keadaan ini didorong oleh faktor kenaikan tarif
elektrik yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Tarif baru ini
akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014. Suka atau tidak masyarakat perlu
menerima kenaikan tarif baru ini secara positif dan bijak. Sebagai pengguna
yang bijak, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi menangani isu
ini.



Langkah pertama : Faktor pemilihan perkakasan elektrik

Mentaliti Masyarakat

Umumnya masyarakat Malaysia lebih tertarik dengan menggunakan perkakasan
yang berjenama, cantik dan murah. Namun hakikatnya, faktor-faktor ini tidak
mempengaruhi kecekapan tenaga sesuatu perkakasan elektrik. Sudah tiba
masanya, masyarakat perlu di didik kaedah pemilihan perkakasan elektrik
berdasarkan teknologi kecekapan penggunaan tenaga.









Label

Rata-rata peralatan elektrik di Malaysia telah mempunyai label yang
memaparkan kecekapan penggunaan tenaga. Ironinya, ramai pengguna tidak
mengetahui kewujudan label tersebut. Kecekapan tenaga perkakasan elektrik
ini dapat dilihat melalui label yang ditampal di setiap perkakasan
tersebut. Label tenaga melambangkan kadar prestasi penggunaan tenaga
sesuatu peralatan elektrik. Di Malaysia, label tenaga telah digunakan untuk
peti sejuk, televisyen dan lain-lain sejak tahun 2006. Skim pelabelan ini
dilaksanakan di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama SIRIM.
Contoh label tersebut seperti berikut:

















Rajah 1: Contoh label penggunaan tenaga





Teknologi Penyongsang (Inverter)

Teknologi penyongsang wujud hasil daripada fenomena masyarakat yang merasa
terbeban dengan kos pembayaran tarif elektrik yang tinggi. Penyongsang
berfungsi sebagai satu sistem pintar yang mengubah perkakasan elektrik
konvensional yang menggunakan tenaga tinggi kepada rendah dan stabil.
Secara tidak langsung, penggunaan teknologi penyongsang memberikan
penjimatan penggunaan tenaga. Graf dibawah menunjukkan perbezaan yang
signifikan antara penyaman udara inverter dan non inverter dari segi
tenaga.







Rajah 2 : Graf perbandingan penyaman udara inverter dan konvensional



Langkah kedua : Faktor pengurusan penggunaan perkakasan elektrik

Pengguna seharusnya bijak dalam menguruskan penggunaan perkakasan elektrik.
Setiap perkakasan elektrik mempunyai teknik penjimatan yang tersendiri.
Sebagai contoh penyaman udara, ianya perlu dipasang mengikut panduan
pengoperasian dan penyelenggaraan seperti berikut;

1. Jangan halang saluran udara unit penyaman udara dengan langsir atau
perabot;

2. Gunakan bumbung atau siling berpenebat serta cuba meminumkan pelepasan
udara sejuk melalui bawah pintu dan tingkap;

3. Lakukan penyelengaraan unit penyaman udara mengikut jadual termasuk
membersihkan penapis dan gelung pertukaran habanya;

4. Gunakan penyaman udara jenis inverter;

5. Elakkan daripada menggunakan suhu yang rendah 16°C sejurus unit penyaman
udara di hidupkan, sebaliknya mulakan dari suhu 27°C hingga suhu yang
dikehendaki;

6. Gunakan unit penyaman udara yang sesuai dengan kapasiti ruang dan
persekitaran, bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang tinggi.

Contoh perbandingan penjimatan perkakasan elektrik cekap tenaga dan
konvesional untuk sebulan



"Strategi "Penjimatan sebulan "Penjimatan setahun "
" "RM "RM "
"Pencahayaan "1.11 "13.37 "
"Gantikan mentol 60watt kepada " " "
"mentol cekap tenaga (guna 4 jam " " "
"sehari) " " "
"Penyaman Udara "4 "48 "
"Gantikan penyaman udara " " "
"pengkelasan 950watt dengan " " "
"penyaman udara pengkelasan " " "
"850watt (gunakan 6 jam sehari) " " "
"Mesin basuh "3.08 "37 "
"Menukar muatan cucian daripada " " "
"muatan separa kepada muatan penuh" " "
"(gunakan 3 kali seminggu) " " "
"Peti sejuk "1.09 "13.08 "
"Menukar suhu daripada -21 kepada " " "
"-18°C " " "






Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menjimatkan tenaga
elektrik, salah satu cara dengan menganalisa penggunaan tenaga elektrik dan
mengenalpasti peralatan elektrik yang boleh dikawal atau digunakan dengan
cekap. Sebagai seorang pengguna seharusnya mempelajari kaedah untuk
melakukan kaedah audit tenaga dirumah kediaman sendiri. Disamping itu,
mempelajari panduan pemilihan peralatan elektrik dan kaedah pemasangan yang
menepati piawaian kecekapan tenaga.


Rujukan

1. Panduan untuk anda: Menggunakan tenaga dengan cekap di rumah;
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

2. Pengguna 2020.blogspot.com, "Penjimatan tenaga".

3. E-tenaga.blogspot.com, "Penjimatan Tenaga".

4. Jimat penggunaan elektrik, www.kkk.org.my
Lihat lebih banyak...

Comentarios

Copyright © 2017 DATOSPDF Inc.